Hadith Muallaq dalam Sahih Bukhari

Disember 15, 2012 § Tinggalkan komen

Ust. Dr. Fadlan Mohd Othman

ringkasan_sahih_al-bukhariHadith muallaq ialah hadith yang tergantung dari sudut bahasa dan erti hadith muallaq pula dari sudut istilahnya ialah hadith yang dibuang sanadnya dan hanya dinyatakan periwayat yang paling atas sekali iaitu para sahabat. Jadi apabila seseorang ahli hadith itu menyatakan sesebuah hadith tanpa dinyatakan sanadnya maka hadith itu adalah hadith muallaq.

Hadith muallaq ialah yang dibuang sanadnya selepas daripada syeikh seseorang muhaddis itu. Sebagai contoh sekiranya al-Imam al-Bukhari menyatakan bahawa syeikhnya telah membawa sesuatu hadith atau menyatakan sesuatu hadith tanpa menyatakan sanad sehingga habis. Maka hadith itu ialah hadith muallaq. Hadith yang muallaq dipertikaikan statusnya oleh para ulama. Kebanyakannya boleh dikatakan semua ulama, ulama hadith khususnya, menyatakan bahawa hadith muallaq ialah dhaif iaitu tidak boleh diterima kerana tidak mempunyai sanad.

Apabila tidak mempunyai sanad dan tidak boleh dikaji sanad itu, maka hadith itu dihukum sebagai hadith yang dhaif. Akan tetapi apabila mereka melihat kepada hadith muallaq yang dinyatakan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitabnya Sahih al-Bukhari, kita dapati hadith muallq ini boleh dibahagikan kepada dua sekiranya dinyatakan secara pasti ‘qoola haddasa’ dan sebagainya, maka hadith itu sahih. Akan tetapi sekiranya dinyatakan secara disebutkan ‘siratuttamrit’ iaitu secara menggunakan lafas menunjukkan hadith itu lemah seperti ‘qiila, ruiya’ dan sebagainya maka tidak semestinya sahih.

Imam Ibn Hajar al-Asqalani telah mencuba sedaya-upaya untuk menyambung semula sanad-sanad hadith yang muallaq iaitu disebut di dalam bahasa Arab ‘wasolahu’ yang bermaksud menyambungkan hadith ataupun sanad itu. Jadi itulah yang lakukan oleh al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya muqaddimah kepada Fathul Bari yang bernama Hajjussari. Di dalam kitab itu al-Imam Ibn Hajjar telahpun menyatakan setiap hadith yang muallaq itu dibawakan sanad daripada kitab-kitab yang lain. Setiap kali al-Imam Ibn Hajjar membicarakan hadith yang muallaq, beliau akan menyatakan juga hadith-hadith itu secara mausul iaitu secara bersambung dan dengan itu kita dapat melihat adakah hadith sanad itu sahih ataupun dhaif.

Bagaimana boleh tentukan itu adalah hadith sedangkan sanadnya terputus?

Hadith muallaq ialah asalnya hadith itu mempunyai sanad. Tetapi muhaddis itu ataupun ulama itu contohnya al-Imam Bukhari tidak mahu memasukkan hadith itu. Ada sebab-sebabnya, antara lain hadith muallaq itu tidak menepati syarat dia mengumpulkan hadith yang sahih di dalam kitabnya. Jadi dia tidak mahu masukkan di dalam hadith-hadith yang utama tetapi dia masukkan di dalam tajuk. Pada dia mungkin hadith itu sahih tetapi tidak mencukupi syarat, jadi dia tidak masukkan dan tidak menyatakan sanad. Asalnya mempunyai sanad. Dan para ulama kita apabila mereka melihat cara Imam Bukhari adanya hadith muallaq contohnya dengan ‘qola’ dan ‘qila’, apabila mereka menyemak semuanya mereka dapati apabila ‘qola’ sahih tetapi apabila ‘qila’ tidak sahih.

Komentar Ibn Hajar terhadap hadis muallaq Imam Bukhari 

Di dalam kitab Hajjussari, al-Imam Ibn Hajjar mempertahankan Sahih Bukhari daripada tuduhan ataupun daripada kritikan Darul Qutni. Tetapi di dalam kitab lain Imam Ibn Hajjar menyambung sanad-sanad bagi hadith-hadith muallaq di dalam Sahih Bukhari. Kadang-kadang al-Imam Ibn Hajjar sendiri pun di dalam Fathul Bari sendiri, dia akan menceritakan sendiri sanad ini telah pun disambungkan oleh A-ttobari, disambungkan oleh An-Nasai, Ibn Majar dan sebagainya. Dan disebutkan sanad itu adalah sanad yang sahih.

Kuniyah/ gelaran perawi hadis

Soalannya adalah berkenaan dengan sanad hadith jika ada nama seorang periwayat itu, kemudian dinyatakan daripada bapanya (‘an abihi), daripada datuknya (‘an jaddihi), jadi seolah-olah tidak lengkaplah nama yang ada itu. Sebenarnya di dalam kes ini tidak ada masalah untuk menggunakan gelaran ataupun menggunakan kuniyah dan sebagainya.

Masalahnya ialah adakah bapanya dan datuknya itu dikenali dan dipercayai serta boleh diterima sebagai periwayat yang kuat. Kadang-kadang apabila ‘an abihi an jaddihi’, abihi (bapanya) dikenal manakala jaddihi (datuknya) tidak kenal. Maka inilah yang menjadikan masalah.  Tetapi jika ayahnya dan datuknya kita kenal sebagai periwayat yang boleh diterima maka tiada masalah. Jadi inilah penbincangannya adakah ianya dikenali ataupun tidak dikenali.

Hadith muallaq tadi ialah yang dibuang sanadnya daripada awal satu ataupun banyak. Contohnya Imam Bukhari dinyatakan daripada gurunya selepas itu tiada sanad sehinggallah sampai kepada Rasulullah ataupun kepada sahabat.

Itu adalah antara perbincangan yang berlaku apabila masuk hadith berkenaan dengan,

“Akan ada di kalangan umatku ini satu kaum yang menghalalkan al-khir dan juga al-khari”

Al-Khari adalah sutera dan al-Khir itu adalah samada pembunuhan ataupun penzinaan.

Masalahnya ialah apabila di dalam hadith ini dinyatakan oleh al-Imam Bukhari ‘qola’ siapa gurunya dan dibawakan hadith tersebut. Jadi di sini sebahagian ulama menyatakan hadith ini muallaq dan tidak boleh diterima. Tetapi apabila kita perhatikan hadith ini bermula dengan ‘qola’ iaitu bermula dengan berkata. Jadi apabila ada berkata maksudnya walaupun muallaq tetapi sahih.

Yang ke-2 sebahagian ulama menyatakan hadith ini dhaif kerana sanadnya terputus sedangkan al-Imam al-Bukhari terus yang dikatakan ‘qola’ itu ialah gurunya sendiri. Maksudnya hadith itu ialah hadith yang bersambung. Itulah antara perbincangan tentang hadith muallaq.

Rakaman oleh Abu Aqif Studio

“Teks disediakan berdasarkan rakaman berikut:

http://www.youtube.com/watch?v=4ddarPFGDKA

Ensiklopedia Kitab-Kitab Rujukan Hadits

September 28, 2011 § Tinggalkan komen

Naskah ini mengkaji pengumpulan dan penulisan hadis dari abad pertama Hijrah sehingga abad ke-9 Hijrah. Kebanyakan kitab-kitab hadis utama seperti Kitab hadis yang-6 dan kitab-kitab musnad ditulis pada abad ke-3 Hijrah.

Yang menarik perhatian saya ialah selepas abad ke-4 hijrah hingga abad ke-9 hijrah. Ini kerana, tidak banyak kajian atau bahan diterbitkan.

Antara kitab-kitab hadis yang muncul pada abad ke-4 dan ke-5 termasuklah :

  • Sahih Imam Ibnu Khuzaimah
  • Sahih Ibnu Hibban
  • Al-Mustadrak : Abu Abdillah al-Hakim an-Naisaburi
  • Syarah Musykil al-Atsar : Abu Jaafar Ath-Thahawy
  • Al-Mu’jam Al-Kabir : al-Hafidz Thabrani
  • Kitab as-Sunan : Imam ad-Daruquthni
  • As-Sunan al-Kubra : al-Hafidz Baihaqi
Manakala beberapa jenis kitab yang muncul selepas itu pula ialah :
  • kitab al-Mustakhraj
  • kitab al-Maudhuuat
  • kitab al-Ahkam
  • kitab Gharib Hadis
  • kitab Athraf
  • kitab Takhrij
  • kitab Zawa’id
  • kitab Jawami’

Ensiklopedia Kitab-Kitba Rujukan Hadits ; Lengkap Dengan Biografi Ulama Hadits dan Sejarah Pembukuannya

Judul Asal : Tadwin As-Sunnah An-Nabawiyah

Penulis : Dr Muhammad Az-Zahrani

Penterjemah : Muhammmad Rum

Halaman : 264 mukasurat

Penerbit : Darul Haq, 2011

Harga : RM 30.00 (beli di galeriniaga)

Kitab-Kitab Berkaitan Ilmu Hadis

Januari 18, 2011 § Tinggalkan komen

disarikah dari tulisan Ustadz Abdullah Zaen, MA bertajuk Agar Tidak Keliru Memahami Hadits. Majalah Al-Furqan edisi 105

Beberapa kaedah memahami hadis Nabi (selawat dan salam buat beliau)

1. Memahami Sunnah berdasarkan Al-Qur’an

2. Menghimpunkan hadis-hadis yang sama tentang suatu permasalahan yang sama.

3. Memadukan antara hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bertentangan atau menguatkan satu sama lain. Antara kitab rujukan yang berkaitan topik ini ialah :

  • Musykil Atsar : At-Thohawy
  • Ta’wil Mukhtalaf Hadis : Ibnu Qutaibah

4. Mengetahui hadis nasikh dan mansukh

  • Ithaf Dzawi ar-Rusukh : al-Ja’bari
  • al-Nasikh wal Mansukh : Ibnu Jauzi
  • al-I’tibar fin Nasikh wal Mansukh minal Akhbar : al-Hazimi

5. Mengetahui sebab munculnya hadis (asbabul wurud)

  • al-Bayan wat ta;rif fi Asbab Wurud al-Hadis as-syarif : Ibnu Hamzah ad-Dimasyqi

6. Mengenal kosa kata hadis

  • Ghorib al-Hadis : al-Harawi
  • Ghorib al-Hadis : Abu Ishaq al-Harbi
  • Ghorib As-Sohihain : al-Humaidi
  • an-Nihayah fi Ghorib al-Hadis : Ibnu Atsir

7. Memahami hadis sesuai dengan pemahaman sahabat

  • Mushonnaf Abdurrazaq
  • Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah
  • Sunan Sa’id bin Mansur
  • Sunan Ad-Darimi
  • Sunan as-Sughro dan al Kubro : al-Baihaqi

8. Merujuk buku-buku syarah hadis

  • Syarhus Sunnah : al-Baghowi
  • Fathul Bari : Ibnu Hajar al-Asqalani

Sahabat Nabi yang Banyak Melapor Hadis

Januari 16, 2011 § 1 Komen

  1. Abu Hurairah (semoga Allah redha kepadanya) : 5374 hadis.
  2. Abdullah bin Umar al-Khattab (semoga Allah redha kepadanya) : 2630 hadis.
  3. Anas bin Malik (semoga Allah redha kepadanya) : 2286 hadis.
  4. Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq (semoga Allah redha kepadanya) : 2210 hadis.
  5. Abdullah bin Abbas (semoga Allah redha kepadanya) : 1660 hadis.
  6. Jabir bin Abdillah (semoga Allah redha kepadanya) : 1540 hadis.
  7. Abu Said Khudri : (semoga Allah redha kepadanya)1170 hadis.

Sumber : Mustolah Hadis, Syaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin. Terjemahan Ahmad S. Marzuqi. Terbitan Media Hidayah, Jakarta (2008)

Mustolah Hadis

Januari 16, 2011 § 1 Komen

Judul : Mustolah Hadis

Pengarang : Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin

Penterjemah : Ahmad S Marzuqi

Penerbit : Media Hidayah

Walupun hanya edisi terjemahannya hanya 120 halaman, namun memaham dan menghadam buku ini bukan mudah.

Ia lebih kepada teks pengajian dan perlu kepada penjelasan dan syarah.

Sesuatu yang lebih naskah ini berbanding teks-teks istilah hadis ialah,penyusun kitab ini Syaikh Muhammad Soleh al-Uthaimin membawakan contoh-contoh sebenar bagi isitilah yang disampaikan.

Antara bab yang dibahas dalam naskah ini ialah definisis istilah hadis, athar,  khabar dna hadis qudsi.

Kemudian penyusun membincangkan hadis mutawatir, hadis ahad dan jenis-jenisnya.

Turut dijelaskan ialah kitab-kitab hadis yang utama beserta biografi ringkas pengarangnya seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan An-Nasa’i, Sunan Abu Dawud, Aunan Tirmidzi, Sunah Ibnu Majah dan Musnad Ahmad.

Syaikh Uthaimin dalam menyususn kedudukan kitab-kitab hadis meletakkan Sunan An-Nasa’i sebagai kitab yang ketiga selepas Bukhari dan Muslim. Ini berbeza dengan beberapa ilmuwan lain yang meletakkan Sunan Abu Dawud.

Pada bahagian akhir, penyusun meletakkan bab Adab Seorang Guru dan Murid.

Naskah yang kemas, tersusun dan sangat bermanfaat untuk dibaca, dikaji dan dirujuk dalam imu hadis.

Where Am I?

You are currently browsing the Ilmu Hadis category at Kitab Hadith dan Syarah Hadith.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.