Kitab-Kitab Berkaitan Ilmu Hadis

Januari 18, 2011 § Tinggalkan komen

disarikah dari tulisan Ustadz Abdullah Zaen, MA bertajuk Agar Tidak Keliru Memahami Hadits. Majalah Al-Furqan edisi 105

Beberapa kaedah memahami hadis Nabi (selawat dan salam buat beliau)

1. Memahami Sunnah berdasarkan Al-Qur’an

2. Menghimpunkan hadis-hadis yang sama tentang suatu permasalahan yang sama.

3. Memadukan antara hadis-hadis yang zahirnya kelihatan bertentangan atau menguatkan satu sama lain. Antara kitab rujukan yang berkaitan topik ini ialah :

  • Musykil Atsar : At-Thohawy
  • Ta’wil Mukhtalaf Hadis : Ibnu Qutaibah

4. Mengetahui hadis nasikh dan mansukh

  • Ithaf Dzawi ar-Rusukh : al-Ja’bari
  • al-Nasikh wal Mansukh : Ibnu Jauzi
  • al-I’tibar fin Nasikh wal Mansukh minal Akhbar : al-Hazimi

5. Mengetahui sebab munculnya hadis (asbabul wurud)

  • al-Bayan wat ta;rif fi Asbab Wurud al-Hadis as-syarif : Ibnu Hamzah ad-Dimasyqi

6. Mengenal kosa kata hadis

  • Ghorib al-Hadis : al-Harawi
  • Ghorib al-Hadis : Abu Ishaq al-Harbi
  • Ghorib As-Sohihain : al-Humaidi
  • an-Nihayah fi Ghorib al-Hadis : Ibnu Atsir

7. Memahami hadis sesuai dengan pemahaman sahabat

  • Mushonnaf Abdurrazaq
  • Mushonnaf Ibnu Abi Syaibah
  • Sunan Sa’id bin Mansur
  • Sunan Ad-Darimi
  • Sunan as-Sughro dan al Kubro : al-Baihaqi

8. Merujuk buku-buku syarah hadis

  • Syarhus Sunnah : al-Baghowi
  • Fathul Bari : Ibnu Hajar al-Asqalani

Sahabat Nabi yang Banyak Melapor Hadis

Januari 16, 2011 § 1 Komen

  1. Abu Hurairah (semoga Allah redha kepadanya) : 5374 hadis.
  2. Abdullah bin Umar al-Khattab (semoga Allah redha kepadanya) : 2630 hadis.
  3. Anas bin Malik (semoga Allah redha kepadanya) : 2286 hadis.
  4. Aisyah binti Abu Bakar as-Siddiq (semoga Allah redha kepadanya) : 2210 hadis.
  5. Abdullah bin Abbas (semoga Allah redha kepadanya) : 1660 hadis.
  6. Jabir bin Abdillah (semoga Allah redha kepadanya) : 1540 hadis.
  7. Abu Said Khudri : (semoga Allah redha kepadanya)1170 hadis.

Sumber : Mustolah Hadis, Syaikh Muhammad bin Shalih al-Uthaimin. Terjemahan Ahmad S. Marzuqi. Terbitan Media Hidayah, Jakarta (2008)

Mustolah Hadis

Januari 16, 2011 § 1 Komen

Judul : Mustolah Hadis

Pengarang : Syaikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin

Penterjemah : Ahmad S Marzuqi

Penerbit : Media Hidayah

Walupun hanya edisi terjemahannya hanya 120 halaman, namun memaham dan menghadam buku ini bukan mudah.

Ia lebih kepada teks pengajian dan perlu kepada penjelasan dan syarah.

Sesuatu yang lebih naskah ini berbanding teks-teks istilah hadis ialah,penyusun kitab ini Syaikh Muhammad Soleh al-Uthaimin membawakan contoh-contoh sebenar bagi isitilah yang disampaikan.

Antara bab yang dibahas dalam naskah ini ialah definisis istilah hadis, athar,  khabar dna hadis qudsi.

Kemudian penyusun membincangkan hadis mutawatir, hadis ahad dan jenis-jenisnya.

Turut dijelaskan ialah kitab-kitab hadis yang utama beserta biografi ringkas pengarangnya seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan An-Nasa’i, Sunan Abu Dawud, Aunan Tirmidzi, Sunah Ibnu Majah dan Musnad Ahmad.

Syaikh Uthaimin dalam menyususn kedudukan kitab-kitab hadis meletakkan Sunan An-Nasa’i sebagai kitab yang ketiga selepas Bukhari dan Muslim. Ini berbeza dengan beberapa ilmuwan lain yang meletakkan Sunan Abu Dawud.

Pada bahagian akhir, penyusun meletakkan bab Adab Seorang Guru dan Murid.

Naskah yang kemas, tersusun dan sangat bermanfaat untuk dibaca, dikaji dan dirujuk dalam imu hadis.

Tokoh-Tokoh Ahli Hadis

Januari 5, 2011 § Tinggalkan komen

Sumber : Indonesiaindoonesia

Penulis: Asy Syaikh Abu Abdirrahman Fauzi Al Atsary

Perintis jejak pertama yang mengenakan mahkota fuqaha ahli hadis adalah para sahabat Rasulullah Shalallahu’alaihi Wassallam. Yang paling masyhur dari mereka antara lain:

1. Khalifah yang empat (radhiyallahu anhum ) :

  • Abu Bakar Ash-Shiddiq
  • Umar bin Al-Khattab
  • Uthman bin Affan
  • Ali bin Abi Talib

2. Al-Abadillah (Radhiyallahu ‘anhum ) :

  • Abdullah Ibnu Umar
  • Abdullah Ibnu Abbas
  • AbdullahIbnu Az-Zubair
  • Abdullah Ibnu Amr
  • Abdullah Ibnu Mas’ud
  • Aisyah binti Abu Bakar
  • Ummu Salamah
  • Zainab
  • Anas bin Malik
  • Zaid bin Tsabit
  • Abu Hurairah
  • Jabir bin Abdillah
  • Abu Said Al-Khudri
  • Mu’adz bin Jabal

3. Setelah sahabat Rasulullah adalah para tokoh tabi’in Rahimahumullah antara lain:

  • Said bin Al-Musayyib wafat 90 H
  • Urwah bin Az-Zubair wafat 94 H
  • Ali bin Al-Husain Zainal Abidin wafat 93 H
  • Muhammad bin Al-Hanafiyah wafat 80 H
  • Ubaidullah bin Abdillah bin Utbah bin Mas’ud wafat 94 H atau setelahnya
  • Salim bin Abdullah bin Umar wafat 106 H
  • Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr Ash- Shiddiq wafat 106 H
  • Al-Hasan Al-Bashri wafat 110 H
  • Muhammad bin Sirin wafat 110 H
  • Umar bin Abdul Aziz wafat 101 H
  • Muhammad bin Syihab Az-Zuhri wafat 125 H

4. Kemudian tabi’ut tabi’in dan tokoh mereka Rahimahumullah :

  • Malik bin Anas wafat 179 H
  • Al-Auza’i wafat 157 H
  • Sufyan bin Said Ats-Tsauri wafat 161 H
  • Sufyan bin Uyainah wafat 193 H
  • Ismail bin Aliyah wafat 193 H
  • Al-Laits bin Sa’ad wafat 175 H
  • Abu Hanifah An-Nu’man wafat 150 H

5. Kemudian pengikut mereka di antara tokoh mereka Rahimahumullah:

  • Abdullah bin Al-Mubarak wafat 181 H
  • Waki’ bin Al-Jarrah wafat 197 H
  • Muhammad bin Idris Asy-Syafi’I wafat 204 H
  • Abdurrahman bin Mahdi wafat 198 H
  • Yahya bin Said Al-Qathan wafat 198 H
  • Affan bin Muslim wafat 219 H

6. Kemudian murid-murid mereka yang berjalan di atas manhaj mereka di antaranya (Rahimahumullah) :

  • Ahmad bin Hambal wafat 241 H
  • Yahya bin Ma’in wafat 233 H
  • Ali bin Al-Madini wafat 234 H

7. Kemudian murid-murid mereka di antaranya (Rahimahumullah) :

  • Al-Bukhari wafat 256 H
  • Muslim wafat 271 H
  • Abu Hatim wafat 277 H
  • Abu Zur’ah wafat 264 H
  • Abu Dawud : wafat 275 H
  • At-Turmudzi wafat 279 H wafat 303 H
  • An Nasa’i wafat 234 H

8. Kemudian orang-orang yang berjalan di atas jalan mereka dari generasi ke generasi antara lain (Rahimahumullah):

  • Ibnu Jarir wafat 310 H
  • Ibnu Khuzaimah wafat 311 H
  • Ad-Daruquthni wafat 385 H
  • Ath-Thahawi wafat 321 H
  • Al-Ajurri wafat 360 H
  • Ibnu Baththah wafat 387 H
  • Ibnu Abu Zamanain wafat 399 H
  • Al-Hakim An-Naisaburi wafat 405 H
  • Al-Lalika’i wafat 416 H
  • Al-Baihaqi wafat 458 H
  • Ibnu Abdil Bar wafat 463 H
  • Al-Khathib Al-Baghdadi wafat 463 H
  • AI-Baghawi wafat 516 H
  • Ibnu Qudamah wafat 620 H

9. Di antara murid mereka dan orang meniti jejak mereka (Rahimahumullah) :

  • Ibnu Abi Syamah wafat 665 H
  • Majduddin lbnu Taimiyah wafat 652 H
  • Ibnu Daqiq Al-led wafat 702 1-1
  • Ibnu Ash-Shalah wafat 643 H
  • Ibnu Taimiyah wafat 728 H
  • Al-Mizzi wafat 742 H
  • Ibnu Abdul Hadi wafat 744 H
  • Adz-Dzahabi wafat 748 H
  • Ibnul Qayyim wafat 751 H
  • Ibnu Katsir wafat 774 H
  • Asy-Syathibi wafat 790 H
  • Ibnu Rajab wafat 795 H

10.Ulama setelah mereka yang mengikut jejak mereka di dalam berpegang dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah sampai hari ini. Di antara mereka

(Rahimahumullah) :

  • Ash-Shan’ani wafat 1182 H
  • Muhammad bin Abdul Wahhab wafat 1206 H
  • Al-Luknawi wafat 1304 H
  • Muhammad Shiddiq Hasan Khan wafat 1307 H
  • Syamsul Haq Al-Azhim wafat 1349 H
  • Al-Mubarakfuri wafat 1353 H
  • Abdurrahman As-Sa`di wafat 1367 H
  • Ahmad Syakir wafat 1377 H
  • Al-Mu’allimi Al-Yamani wafat 1386 H
  • Muhammad bin Ibrahim Alu Asy-Syaikh wafat 1389 H
  • Muhammad Amin Asy-Syinqithi wafat 1393 H
  • Badi’uddin As-Sindi wafat 1416 H
  • Muhammad Nashiruddin Al-Albani wafat 1420 H
  • Abdul Aziz bin Abdillah Baz wafat 1420 H
  • Hammad Al-Anshari wafat 1418 H
  • Hamud At-Tuwaijiri wafat 1413 H
  • Muhammad Al-Jami wafat 1416 H
  • Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin wafat 1423 H
  • Shalih bin Fauzan Al-Fauzan (h)
  • Abdul Muhsin Al-Abbad (h)
  • Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali (h)
  • Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i wafat 1423 H

Di antara guru-guru dan teman-teman kami serta orang-orang yang kami kenal dari kalangan penuntut ilmu -semoga Allah membaikkan akhir hayat kami dan mereka berada di atas jalan ahli hadits. Itulah syiar dan slogan mereka semoga Allah mengampuni mereka semua, dan menganugrahkan kepada kami dan mereka ketetapan di atas kebenaran dan menjadikan akhir amalan kami kebaikan, kenikmatan dan kemuliaan-Nya.

Sumber :Kitab Al Azhar Al Mantsuroh fi Tabyini Anna Ahlul Hadits Hum Al Firqotu An Najiyah wath Thaifah Al Mantsurah
Edisi Indonesia : Siapakah Golongan Yang Selamat,
Penerbit : Cahaya Tauhid Press, Malang

Syaikh Syuaib Arnaut

Januari 2, 2011 § Tinggalkan komen

Nama:Syu’aib bin Muharram al-Arnaut
Bapa: Berasal dari Albania dan berhijrah bersama keluarga ke Syria pada tahun 1926 kerana cintakan ilmu
Kelahiran: Dilahirkan pada tahun 1928

Syaikh Syu’aib al-Arnaut menghabiskan masanya lebih dari empat puluh tahun berkhidmat dengan hadith dengan menyunting semula lebih dari manuskrip-manuskrip hadith dan sehingga lebih 200 jilid kitab dihasilkan. Beliau bukan sekadar menyunting tetapi turut mentakrijkan hadith-hadith dan menyatakan taraf hadith tersebut. Antara karya besar yang disunting oleh beliau ialah Siyar a’Lam al-Nubala lebih kurang 30 jilid, musnad Imam Ahmad 50 jilid, sahih Ibn Hibban Bi Sharh Ibn Libban 14 jilid dan lain-lain. Antara hasrat beliau ialah untuk menghasilkan ensklopedia hadis-hadis sahih dan hasan dan berharap generasi yang akan datang akan menghuraikan ensklopedia tersebut semoga Allah mempermudahkan.

Walaupun tidak mempunyai ijazah M.A apatah lagi Ph.D, pensyarah-pensyarah hadith berjumpa dengan beliau dipejabatnya. Inilah kelebihan ilmu.

Berikut merupakan temu bual yang dibuat oleh laman web Sunnah Nabawiyah.

TEMUBUAL DENGAN FADILAH AL-SYAIKH SYUAIB AL-ARNAUTT

Tuan yang mulia, melalui laman al-Sunnah al-Nabawiyah, kami ingin berjumpa dengan tuan dengan mengemukakan beberapa persoalan

Soalan 1: Kami ingin orang yang melayari laman ini berkenalan dengan riwayat hidup dari kelahiran, perkembangan, sejarah awal menuntut ilmu, guru-guru yang utama dan bahan-bahan ilmiah yang tuan guru hasilkan?

Saya dibesarkan seperti penuntut ilmu yang lain, saya dikurniakan perasaan cinta kepada ilmu di samping menceburi bidang perniagaan. Syaikh(guru) datang ke kedai kami yang terletak di Suq(Pasar) Saruja yang merupakan penempatan lama di Damsyik selepas Asar. Pada masa itu orang ramai berehat selepas Asar dan mereka tidak bekerja. Guru datang kepada kami semata-mata mencari keredaan Allah swt dengan mengajar tatabahasa Arab di samping menerangkan Sharh al-Kanz yang dikarang oleh Syeikh Abdul Karim al-Alafghani Rahimahullah dan kitab al-Hashiah.

Saya belajar dengan

1. Syaikh Soleh Farfur beberapa kitab:

  • Tafsir al-Nasafiyy
  • Syarh al-Manar(Usul Fiqh),
  • Sohih Muslim,
  • Umdah al-Qariyy Syarh sahih al-Bukhariyy oleh al-Ainiyy
  • al-Balaghah al-Wadihah
  • Syarh Ibn Aqil(Tatabahasa arab).
  • Mantiq al-Suriyy yang sekarang tidak ada nilai lagi

2. Syaikh Sulayman al-Ghawujiyy bapa kepada Wahbiyy Sulayman al-Ghawujiyy :

  • Belajar Nahu mengikut kaedah Uthmaniyah bermula dengan al-Awamil
  • Kitab al-izhar hasil tangan al-barjawiyy
  • Kitab al-Kafiah karya Ibnu al-Hajib
  • Kitab Maraqi al-Falah dan Hashiah al-Tahtawiyy

3. Bapa syaikh Nasir al-Albaniyy –kitab al-Fiqh al-Hanafiyy karangan Abu al-Hasan al-Qaduriyy salah satu rujukan penting dalam mazhab Abu Hanifah. Selain itu saya membaca dengannya beberapa persoalan ilmiah dan saya belajar dengannya selama tiga tahun, saya mengemukakan soalan dan beliau menjawab soalan Dan Allah menanamkan perasaan cinta terhadap ilmu dan segala puji bagi Allah.

Selepas belajar selama 8 tahun saya diberi kepercayaan menjadi guru di Ma’had al-Fath al-Islamiyy(Pusat Pendidikan Islam al-Fath) yang menerima pelajar di peringkat menengah, universiti dan peringkat M.A dan mereka yang melanjutkan pengajian peringkat Ph.D akan pergi ke Mesir. Ma’had ini diasaskan oleh syaikh Adib al-Kala:s. Saya di sini selama dua tahun mengajar pendidikan Islam dan bahasa Arab…

Selepas itu timbul persekitaran yang menambah kecintaan saya untuk mengkaji sunnah nabawiyah dan saya mendalami sunnah dengan baik apabila saya menghayati kitab-kitab Mustalah hadith seperti Muqaddimah Ibn Solah, Tawdih al-Afkar oleh al-San’aniyy, Sharh al-Nukhbah oleh Ibn Hajar rahimahumullah, sejak itu saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk memasukkan saya dikalangan ahli hadith dan dengan kehendak Allah doaku dimakbulkan, dan saya telah menghabiskan masa selama 40 tahun sehingga sekarang saya menyunting dan menghasilkan buku dan memberi sumbangan dalam ilmu hadith dan sehingga sekarang sudah lebih dari 200 jilid telah dihasilkan.

dipetik dan diolah dari laman abuawatif.

Antara ustaz yang pernah menuntut ilmu dari beliau termasuklah penulis prolifik Kapten Hafis Firdaus dan Ustaz Adlan Abdul Aziz panel al-ahkam.

Syaikh Ahmad Muhamamd Syakir

Januari 1, 2011 § Tinggalkan komen

Sumber : taman ulama

Ahmad Syakir dilahirkan di Kaherah, Mesir pada tahun 1892 Masihi bersamaan 1309 Hijrah. Selepas ayahnya dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai ketua para qadhi di Sudan pada tahun 1900, beliau berhijrah bersama ayahnya ke sana. Di sana beliau belajar di sebuah institusi pengajian sehinggalah ayahnya kembali ke Mesir. Seterusnya ayahnya telah dilantik menjawat jawatan Ketua Ulama Iskandariah pada tahun 1904. Bermula dari saat itu Ahmad Syakir meneruskan pembelajarannya di Maahad Iskandariah.

Guru-Guru

Di awal usia mudanya Ahmad Syakir amat meminati sastera dan syair. Selepas itu barulah minatnya beralih kepada ilmu hadith. Minat ini disokong sepenuhnya oleh ayahnya. Semasa muda, Ahmad Syakir dan adik beradiknya belajar beberapa buah buku yang diajar oleh bapa mereka sendiri meliputi bidang Tafsir, Hadis, Fiqh dan Usul Fiqh serta lain-lain lagi.

Ahmad Syakir menyambung pembelajarannya di Universiti al Azhar. Di al Azhar, Mesir. Beliau sering berdamping dan belajar daripada para ulama yang ada di universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut ilmu hadith daripada seorang ahli hadith terkemuka Maghribi iaitu Abdullah Ibn Idris al Sanusi. Beliau pernah bertemu dan belajar dengan :

  • Syeikh Muhammad Ibn al Amin al Syanqithi (pengarang tafsir Adhwa’ul Bayan),
  • Syeikh Tahir al Jazairi,
  • Syeikh Rasyid Ridha dan ulama lain.

Pada tahun 1917 Ahmad Syakir telah berjaya menamatkan pengajian sehingga mendapat Ijazah Alamiyyah (phd) daripada universiti al Azhar. Beliau kemudiannya diberikan beberapa jawatan dan dilantik menjadi qadhi pada tahun 1951 seterusnya ketua Mahkamah Tinggi Syariah sehingga beliau bersara.

Beliau sentiasa menulis sepanjang hidupnya. Sumbangannya meliputi buku, penyemakan buku-buku klasik, artikel ilmiah dan sebagainya. Beliau amat tegas dalam menentang sebarang kemungkaran yang berlaku di zamannya. Beliau juga sentiasa memberikan pendapat-pendapat yang dianggap sebagai ‘ijtihad’ dan tidak sekadar menurut dan mengulangi perkara yang sudah disebut sekian lama. Ahmad Syakir amat mengagumi Ibn Hazm yang merupakan seorang imam bagi mazhab al Zohiri yang kadangkala membawa pendapat-pendapat tersendiri dalam fiqh selagi mana ada ruang untuk berijtihad. Ini jelas terbukti kerana beliaulah yang melakukan semakan dan seterusnya berusaha mencetak dua buku Ibn Hazm yang terkenal iaitu al Muhalla dan al Ihkam Fi Usul al Ahkam. Beliau sering memuji Ibn Hazm ketika memberikan komen pada tempat-tempat tertentu di dalam kedua buku tersebut. Namun begitu beliau tetap mengkritik pendapat-pendapat Ibn Hazm yang tidak tepat menurut pemahaman beliau.

Kajian dan Karya

Beliau sentiasa memberikan tumpuan ke arah menyebarkan buku-buku klasik samada dalam bidang hadith atau bidang-bidang ilmu Islam yang lain seperti fiqh, tafsir, Usul Fiqh, Sastera Arab dan sebagainya. Di antara buku terawal yang beliau cetak berserta semakan yang teliti ialah buku al Risalah karya Imam al Syafie pada tahun 1939. Segala komen yang beliau muatkan sepanjang mengkaji buku itu amat berfaedah.

Buku seterusnya yang dikaji dan dicetak oleh beliau ialah Sunan al Tirmizi atau nama sebenarnya al Jami’ al Kabir. Namun beliau hanya sempat menghabiskan kajiannya terhadap sebahagian buku tersebut dan dicetak dalam dua jilid. Cetakan buku Sunan al Tirmizi ini diteruskan oleh Muhammad Fuad Abd. Baqi dan Ibrahim Athwah. Tetapi bagi sesiapa yang membandingkan antara cetakan mereka berdua dengan cetakan Ahmad Syakir sudah pasti dapat menilai ketinggian ilmu Ahmad Syakir. Buku al Jami’ al Kabir telah dikaji oleh ulama lain seperti al Albani yang membahagikannya kepada dua buku iaitu Sahih Sunan al Tirmizi dan Dhaif Sunan al Tirmizi. Buku ini juga dicetak dan disemak oleh Dr. Basyar Awwad Ma’ruf sebanyak 6 jilid. Seorang lagi pengkaji hadis masa ini, Syuaib al Arnaouth juga telah membuat semakan terkini namun semasa artikel ini ditulis, ia belum lagi siap dicetak oleh Muassasah al Risalah.

Di antara buku-buku lain yang dikaji oleh Ahmad Syakir adalah seperti berikut:

  • Mukhtashor (Ringkasan) Sunan Abu Daud karya al Mundziri yang dicetak bersama Tahdzib Sunan Abu Daud karya Ibn Qayyim al Jauziyyah dan Ma’alim al Sunan karya al Khattabi. Buku ini dikaji oleh beliau bersama seorang lagi pengkaji hadith bernama Muhammad Hamid al Faqi.
  • Sahih Ibn Hibban yang tidak sempat beliau lengkapkan kajian terhadapnya. Buku ini pertama kali siap dikaji oleh Syuaib al Arnaouth dan dicetak oleh Muassasah al Risalah sebanyak 18 jilid.
  • Umdatu al Tafsir yang merupakan ringkasan yang beliau buat terhadap Tafsir al Quran al Azhim karya Ibn Kathir.
  • Tafsir at Thabari yang dikaji beliau bersama adiknya yang merupakan sasterawan agung bernama Mahmud Syakir.
  • Al Musnad karya Imam Ahmad Bin Hanbal yang dikaji beliau sejak tahun 1946. Beliau hanya sempat mencetak sebanyak 17 jilid. Sesiapa yang ingin melihat keluasan ilmu Ahmad Syakir dalam bidang hadith, bolehlah melihat komen dan ulasan beliau di dalam buku al Musnad. Al Musnad telah siap dikaji oleh sekumpulan pengkaji dari Muassasah al Risalah dipimpin oleh ketua unit penyelidikannya Syuaib al-Arnaut. Ia siap dicetak pada tahun 2001 sebanyak 50 jilid.
  • Islah al Manthiq karya Ibn al Sikkit, al Ashmaiyyat dan al Mufaddhaliyyat yang dikaji bersama sasterawan terkenal bernama Abd. Salam Harun.

Kajian yang dilakukan terhadap buku-buku ini meliputi kajian teks dan juga kajian terhadap isi kandungan buku-buku tersebut. Kaedah pengkajian sebegini disebut sebagai ‘tahqiq’. Sekiranya terdapat hadith-hadith atau riwayat-riwayat para sahabat, maka Ahmad Syakir akan berusaha mengkaji kesahihannya. Kajian dibuat berdasarkan kaedah-kaedah pengkajian hadith atau apa yang dikenali sebagai Ilmu Mustolah al Hadith. Ilmu pengkajian hadith merupakan ijtihad dan usaha para ulama. Ahmad Syakir telah menilai kembali kajian para ulama terdahulu dan cuba membuat kajian lanjut. Hasil kajian ini kadangkala menjadikan beliau bersetuju dan adakalanya pula beliau tidak bersetuju dengan hasil kajian ulama terdahulu. Ini merupakan perkara biasa dalam suasana ilmu atau akademik. Kajian-kajian dan hasil yang beliau dapati juga telah dikritik pula oleh ulama-ulama hadith selepas beliau seperti Muhammad Nasiruddin al-Albani, Syuaib al- Arnaut dan sebagainya. Ini merupakan lumrah yang sentiasa berlaku dalam kajian ilmiah.

Ahmad Syakir meninggal pada tahun 1958 dan beliau telah meninggalkan khazanah ilmu yang amat luas untuk disambung dan dinilai oleh generasi seterusnya. Salah seorang pengkaji sastera di Jordan yang bernama Umar al Qayyam telah menyifatkan beliau merupakan satu daripada tiga permata bernilai dalam bidang hadith zaman moden :

  • Ahmad Syakir,
  • Muhammad Nasiruddin al-Albani dan
  • Syuaib al-Arnaut.

Adiknya iaitu Mahmud Syakir telah menyifatkan abangnya sebagai Imam al Muhaddithin (imam bagi semua ahli hadith). Menurut Syuaib al Arnaouth :

‘Ahmad Syakir merupakan seorang yang telah sampai ke tahap mengetahui hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam secara riwayat dan dirayah (yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pada masa ini. Beliau dianggap sebagai perintis kepada penyebaran semula teks-teks hadith di kurun ini serta penyemakannya kembali mengikut kaedah yang dicontohi oleh para pengkaji hadith’.

(Pendahuluan Sahih Ibn Hibban – jilid 1 – muka surat 62 – cetakan Muassasah al Risalah)

Petikan

Berikut adalah beberapa petikan kata-kata beliau yang dipetik daripada buku-buku yang beliau hasilkan:

‘Kaum muslimin pada tiga kurun awal Islam (sahabat, tabiin dan tabii al tabiin) merupakan golongan manusia yang paling mulia, tinggi akhlaknya, amat takut kepada ALLAH. Oleh sebab itulah mereka dibantu oleh ALLAH dan dibantu dalam menakluki negara-negara lain serta memimpin seluruh manusia dalam masa yang singkat. Ini dilakukan dengan agama dan akhlak yang indah terlebih dahulu sebelum mereka menakluki negara-negara itu dengan pedang dan anak panah’.

(Pendahuluan al Baith al Hathith – Ahmad Syakir – muka surat 8 – cetakan Dar al Turath)

‘Dan pendapatku ialah : memberi penjelasan tentang kedhaifan sesuatu hadith yang dhaif adalah wajib dalam semua keadaan. sebabnya ialah sikap tidak memberi penjelasan ini akan menjadikan orang yang melihat hadith ini menyangka ia adalah sahih’.

(Al Baith al Hathith – muka surat 76)

‘Tidak ada bezanya hadith dhaif dalam bab hukum-hakam atau fadhilat amalan dan perlulah menghindari dari mengambil riwayat yang dhaif. Bahkan tidak ada hujah bagi sesiapa kecuali apa yang sahih dari hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sama ada daripada hadith sahih atau hadith hasan’.

(Al Baith al Hathith – muka surat 76)

Adapun zaman kita ini, maka orang ramai telah meninggalkan ilmu riwayat (hadith). Kemudian mereka meninggalkan pengkajian hadith kecuali segelintir daripada mereka’.

(Alfiyah al Suyuthi Fi Ilmi al Hadith – muka surat 93 – cetakan al Maktabah al Ilmiyyah)

‘Dan siapa tahu, semoga umat Islam akan mengembalikan kegemilangannya dan kembali kepada agamanya dan ilmu-ilmu tentang agamanya. Dan tiada yang mengetahui perkara ghaib kecuali ALLAH’.

(Alfiyah al Suyuthi Fi Ilmi al Hadith – muka surat 93)

Marilah kita mencontohi kegigihan Ahmad Syakir dalam menyebarkan ilmu berdasarkan kajian ilmiah. Kita juga perlu menginsafi bagaimana sayangnya Ahmad Syakir kepada karya-karya ilmiah klasik dan kepentingannya. Karya-karya ini perlu dinilai dan disebarkan dalam bentuk yang lebih baik agar khazanah ilmu ini dapat dikongsi oleh generasi akan datang. Semoga mereka yang berkelulusan agama terutamanya daripada Universiti al Azhar dapat mengikut jejak langkah beliau yang telah mengharumkan nama al Azhar dan Mesir suatu masa dahulu.

Sumber:
-Mahmud Muhammad Syakir, ar-Rajulu wa al-Manhaj.
-Pendahuluan buku Sahih Ibnu Hibban yang ditulis oleh Syuaib al-Arnaut.

Imam Abu Dawud

Januari 1, 2011 § Tinggalkan komen

tulisan : Abu Asma’ Kholid bin Syamhudi dari laman web Salafyoon

Nama, Nasab Dan Kelahiran

Beliau  bernama Imam Al Hafidz Al Faqih Sulaiman bin `Imron bin Al Asy`ats bin Ishaq  bin Basyir bin Syidad bin `Amr bin `Imron -atau disebut dengan Amir- Al Azdy  As Sajistaany. Dilahirkan pada tahun 202 H di kota Sajistaan, menurut  kesepakatan  referensi yang memuat biografi beliau. Demikian juga berdasarkan keterangan  murid beliau yang bernama Abu Ubaid Al Ajury ketika beliau wafat,ketika berkata:  aku telah mendengar dari Abi Daud ,beliau berkata : Aku dilahirkan  pada tahun  202 H (Siyar A`lam An Nubala` 13/204)

Perkembangan keilmuannya

Tidak  didapatkan berita atau keterangan tentang masa kecil beliau kecuali keterangan  bahwa keluarganya memiliki perhatian yang sangat besar dalam hadis-hadis  Rasulullah, dan ini sangat  mempengaruhi perkembangan keilmuan beliau di masa depannya.

Keluarga  beliau adalah keluarga yang terdidik dalam kecintaan terhadap hadis-hadis Rasulullah dan ilmu-ilmunya. Bapa  beliau Al Asy`ats bin Ishaq adalah seorang perawi hadis yang meriwayatkan  hadis dari Hamad bin Zaid, dan demikian juga saudaranya Muhammad bin Al Asy`ats  termasuk seorang yang menekuni dan menuntut hadis dan ilmu-ilmunya juga merupakan  teman perjalanan beliau dalam menuntut hadis dari para ulama ahlil hadis. Dan  ini merupakan satu modal yang sangat berperanan besar dalam perkembangan dan  arahan beliau di masa-masa perkembangan keilmuan dan keahliannya dalam hadits  dan ilmu-ilmunya yang lain dari ilmu-ilmu agama. Maka berkembanglah Abu Daud  dengan motivasi dan semangat yang tinggi serta kecintaan beliau sejak kecil  terhadap ilmu-ilmu hadis, sehingga beliau mengadakan ekspedisi (Rihlah) dalam  mencari ilmu sebelum genap berusia 18 tahun.

Beliau  memulai perjalanannya ke Baghdad (Iraq) pada tahun 220 H dan menemui kematian Imam Affan bin Muslim, sebagaimana yang beliau katakan: Aku menyaksikan jenazahnya  dan mensolatkan nya(Tarikh Al Baghdady 9/56). Walaupun sebelumnya beliau  telah pergi ke negeri-negeri jiran Sajistaan, seperti Khurasan, Baghlan, Harron, Roi dan Naisabur.

Setelah  beliau masuk kota Baghdad, beliau diminta oleh Amir Abu Ahmad Al Muwaffaq  untuk tinggal dan menetap di Basrah, dan beliau menerimanya, akan tetapi hal  itu tidak membuat beliau berhenti dalam mencari hadis, bahkan pada tahun 221H  beliau datang ke Kufah dan mengambil hadits dari Al Hafidz Al Hasan bin Robi`  Al Bajaly dan Al Hafidz Ahmad binAbdillah bin Yunus Al Yarbu`iy (mereka berdua  termasuk dalam guru-gurunya Imam Muslim). Dan sebelumnya beliau berkelana ke  Makkah dan meriwayatkan hadis dari Abdulloh bin Maslamah Al Qo`naby (Wafat  tahun 221 H), demikian juga ke Damaskus (ibu kota Syria sekarang) dan mengambil  hadis dari Ishaq bin Ibrahim Al Faradisy dan Hisyam bin Ammaar, lalu pada  tahun 224 H pergi ke Himshi dan mengambil hadis dari Imam Hayawah bin Syuraih  Al Himshy ,dan mengambil hadis dari Ibu Ja`far An Nafiry di Harron juga pergi  ke Halab dan mengambil hadits dari Abu Taubah Robi` bin Nafi` Al Halab,lalu  berkelana ke Mesir dan mengambil hadits dari Ahmad bin Sholeh Ath Thobary, kemudian  beliau tidak berhenti mencari ilmu di negeri-negeri tersebut bahkan sering  sekali mengembara ke Baghdad untuk menemui Imam Ahmad bin Hambal di sana dan  menerima serta menimba ilmu darinya. Walaupun demikian beliau juga mendengar dan menerima ilmu dari ulama-ulama Basrah, seperti: Abu Salamah At Tabudzaky, Abul  Walid Ath Thoyalisy dan yang lain-lainnya.

Karena itulah beliau menjadi seorang imam ahlil hadis yang terkenal banyak berkelana dalam mencari ilmu.

Guru-Guru Beliau

Guru-guru  beliau sangat banyak, kerana beliau menuntut ilmu sejak kecil dan sering mengembara ke penjuru negeri-negeri dalam menuntut ilmu, sampai-sampai Abu Ali Al Ghosaany  mengarang sebuah buku yang menyebut nama-nama guru beliau dan sampai mencapai  300 orang, demikian juga Imam Al Mizy menyebut dalam kitabnya Tahdzibul Kamal  177 guru beliau.

Dan  diantara mereka yang cukup terkenal adalah:

  • Imam Ahmad bin Hambal
  • Ishaq bin Ibrohim bin Rahuyah
  • Ali bin Al Madiny
  • Yahya bin Ma`in
  • Abu Bakr ibnu Abi Syaibah
  • Muhammad bin Yahya Adz Dzuhly
  • Abu Taubah Robi` bin Nafi` Al Halaby
  • Abdulloh bin Maslamah Al Qo`naby
  • Abu Khoitsamah Zuhair bin Harb
  • Ahmad bin Sholeh Al Mishry
  • Hayuwah bn syuraih
  • Abu Mu`awiyah Muhammad bin Hazim Adh Dhorir
  • Abu Robi` Sulaiman bin Daud Az Zahrony
  • Qutaibah bin Sa`di bin Jamil Al Baghlany.

(LihatTahdzibul Kamal 11/358-359).

Murid-Murid Beliau

Demikian  pula murid-murid beliau cukup banyak dan saya cukupkan dengan menyebut sebagian  dari mereka disini, yaitu:

  • Abu `Isa At Tirmidzy
  • An Nasa`iy
  • Abu Ubaid Al Ajury</li>
  • Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al Baghdady (Perawi sunan Abi Daud dari beliau).
  • Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab sunan dari beliau).
  • Abu Bakr Ahmad bin Mauhammad Al Khollal Al Faqih.
  • Isma`il bin Muhammad Ash Shofar.
  • Abu Bakr bin Abi  Daud  ?(anak beliau).
  • Zakariya bin Yahya As Saajy.
  • Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.
  • Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari beliau).
  • Ali bin Hasan bin Al `Abd Al Anshory (perawi sunsn dari beliau).
  • Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).
  • Abu `Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu`lu`y (perawi sunan dari beliau).
  • Muhammad bin Ahmad bin Ya`qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar  dari beliau).

Dan  lain-lainnya  (lihat Siyar A`lam An Nubala` 13/206 dan Tahdzibul Kamal  11/360 ).

Pujian Dan Sanjungan Para Ulama Terhadapnya

Telah  banyak para imam dan ulama yang memuji dan menyanjung beliau,diantara mereka:

  • Berkata Imam Al Khollal :Imam Abu Daud adalah imam yang dikedepankan pada  zamannya
  • Berkata Ibnu Hibban :Abu Daud termasuk salah satu imam dunia dalam ilmu dan fiqih (Thobaqat As Syafi`iyah 2/293).
  • Berkata Musa bin Harun : Abu Daud diciptakan di dunia untuk hadits dan di akhirat untuk Syurga dan tidak aku melihat seorangpun lebih utama darinya.(Thobaqatus Syafi`iyah 2/295).
  • Berkata Al Hakim:Beliau adalah imam ahlil hadits di zamannya tanpa gugatan
  • Berkata Imam Nawawy: Para ulama telah sepakat memuji Abu Daud dan mensifatinya dengan ilmu yang banyak,kekuatan(hapalan),wara`,agama (kesholehan) dan kuat pemahamannya dalam hadits dan yang lainnya.(Tahdzib Al Asma` Wal Lughat 2/225)
  • Berkata Abu Bakr Ash Shoghony:Dilemaskan bagi Abi Daud hadits sebagaimana dilemaskan bagi Daud besi.(Thobaqatus Syafi`iyah 2/293).
  • Ditanya Syeikh islam Ibnu Taimiyah tentang buku-buku hadis dan sebagian pengarangnya seperti Ath Thoyalisy dan Abu Daud dan yang lainnya,maka beliau menjawab :Adapun Bukhory dan Abu Daud,maka beliau berdua adalah dua orang imam dalam fiqih dari ahli ijtihad.
  • Adapun Adz Dzahaby banyak memuji beliau dan diantara pujian beliau adalah ucapannya :Abu Daud dengan keimamannya dalam hadits dan ilmu-ilmu yang lainnya,termasuk dari ahli fiqih yang besar,maka kitabnya As Sunan telah jelas menunjukkan hal tersebut.

Aqidah Beliau

Beliau  adalah imam dari imam-imam ahlisunnah wal jamaah yang hidup di Bashroh kota  berkembangnya kelompok Qadariyah,demikian juga berkembang disana pemikiran  Khowarij, Mu`tazilah, Murji`ah dan Syi`ah Rafidhoh serta Jahmiyah dan lain-lainnya,tetapi  walaupun demikian beliau tetap dalam keistiqomahan diatas Sunnah dan beliaupun  membantah Qadariyah dengan kitabnya Al Qadar,demikian pula bantahan beliau  atas Khowarij dalam kitabnya Akhbar Al Khawarij,dan juga membantah terhadap  pemahaman yang menyimpang dari kemurnian ajaran islam yang telah disampaikan  olah Rasululloh. Maka tentang  hal itu bisa dilihat pada kitabnya As Sunan yang terdapat padanya bantahan-bantahan  beliau terhadap Jahmiyah,Murji`ah dan Mu`tazilah.

Wafatnya Beliau.

Beliau  wafat dikota Bashroh tanggal 16 Syawal 275 H dan disholatkan janazahnya oleh  Abbas bin Abdul Wahid Al Haasyimy.

Tambahan admin

Kitab Sunan Abu Dawud karangan Imam Abu Dawud menduduki tangga ke-tiga dalam susunan kitab hadis yang enam (kutub sittah). Beberapa kitab karangan beliau termasuklah :

  • Risālah Abī Dāwūd ilā Ahli Makkah. Baca terjemahan di sini.
  • Sunan Abu Dawud
  • Al-Marasil
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.