Kitab Hadith Yang Dicadangkan Syaikh Uthaimin

November 14, 2010 § Tinggalkan komen

disarikan dengan penjelasan dari Panduan Lengkap Menuntut Ilmu. Tulisan Syaikh Uthaimin dan terjemahan oleh Ustaz Abu Haidar As-Sundawy. Terbitan Pustaka Ibnu Katsir.

Kitab-kitab Hadith

  1. Fathul Baari Syarh Sahih Bukhari : Ibnu Hajar al-Asqalani (lahir 773H). Sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu Indonesia oleh Pustaka Azzam (36 jilid) dan Pustaka Imam Asy-Syafi’i (baru siap hingga jilid ke-3)
  2. Subulus Salam Syarh Bulughul Maram : Muhammad bin Ismail al-Amir As-San’ani (1099-1182H) . Kitab ini merupakan penjelasan atau syarah kitab hadith-hadith hukum Bulughul Maram yang dihimpunkan oleh Ibnu Hajar al-Asqalani. Banyak kitab syarah dikarang untuk menjelaskan maksud hadith Bulughul Maram. Namun para ulama memberi komentar, yang terbaik ialah Subulus Salam. Terjemahan sudah dilakukan oleh Penerbit Darus Sunnah, Jakarta.
  3. Kitab Nailul Authar Syarh Muntaqa al-Akbar : Imam Syaukani. Salah seorang gurunya, Syaikh Abdul Qadir bin Ahmad merupakan anak murid Imam As-San’ani.
  4. Umdatul Ahkam : al-Maqdisi. Kata Syaikh Uthaimin, “Ini adalah kitab yang ringkas dan sebahagian besar hadithnya terdapat dalam dua kitab sahih (Bukhari & Muslim) sehingga nilaiannya tidak perlu dibahas.
  5. Hadith 40 : Imam Nawawi. Ini adalah kitab yang  baik, kerana di dalamnya terkandung adab dan manhaj yang baik serta kaedah-kaedah yang sangat bermanfaat.
  6. Bulughul Maram : Ibnu Hajar al-Asqalani. Kitab ini bermanfaat terutamanya pengarang menyebutkan para perawi dan menerangkan pula orang yang mensahihkan dan mendaifkan hadith dan memberi komentar terhadap hadith tersebut.
  7. Nukhbatul Fikr : Ibnu Hajar al-Aqalani. Kitab ini sudah mencukupi untuk menguasai ilmu mustalah hadith.
  8. Kitab-kitab hadith yang enam : Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan An-Nasa’i, Sunan Abu Daud, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Tirmidzi. Syaikh Uthaimin menasihat kitab ini dibaca berulang kali kerana beberapa faedah besar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Kitab Hadith Yang Dicadangkan Syaikh Uthaimin at Kitab Hadith dan Syarah Hadith.

meta

%d bloggers like this: