Syaikh Mustafa Al-Adawi

November 24, 2010 § Tinggalkan komen

Di antara pendakwah ahli sunnah dan ulama yang cukup terkenal dari Mesir adalah Musthafa al Adawi. Beliau lahir di sebuah kampung bernama Maniah Samnud. Sebuah kampung di daerah al Daqhaliah pada tahun 1945. Beliau pernah mendapat pendidikan di fakulti teknik pada tahun 1977.

Beliau adalah di antara orang yang sangat tekun dengan al Qur’an. Justeru tiga puluh juz dari al Qur’an sudah ada di luar kepala beliau.
Sebagaimana kebiasaan para ulama terdahulu, beliau pernah melakukan rihlah ilmiah (perjalanan dalam rangka menuntut ilmu). Beliau tinggalkan kampung halaman tercinta menuju Yaman untuk belajar dengan Syeikh Muqbil bin Hadi al Wadi’i. Selama lebih kurang empat tahun dari 1400H sampai 1404 H beliau hadiri berbagai pelajaran ilmiah yang disampaikan oleh Syeikh Muqbil.

Sekembali dari Yaman beliau membuat sebuah mushalla kecil sebagai tempat beliau mengajarkan ilmu yang telah beliau peroleh selama ini kerana ilmu yang manfaat adalah ilmu yang diajarkan kepada orang lain, bukan hanya sekadar disimpan untuk diri sendiri. Di mushalla ini beliau mulai mengajarkan Shahih Bukhari, Muslim, tafsir al Qur’an dan Fiqh.

Ketika mulai banyak penuntut ilmu yang ingin belajar ilmu-ilmu agama kepada beliau baik dari Mesir ataupun di luar Mesir, beliau mulai membangun sebuah masjid besar dan perpustakaan yang besar pula.

Di samping mengajar di masjid sendiri, beliau juga memiliki berbagai kajian rutin setiap minggu di berbagai daerah di Mesir. Antara muridnya ialah Syaikh Kamal bin As-Sayyid Salim pengarang kitab Shahih Fiqh Sunnah,

Di samping aktiviti mengajar, beliau juga mengeluti bidang tulis menulis. Beliau cukup aktif menulis di bidang fikih, hadits, musthalah hadits dan tafsir. Beliau punya obsesi besar untuk menulis tafsir al Qur’an dalam bentuk tanya jawab. Program ini beliau namai at Tashil li Ta’wil at Tanzil (cara mudah belajar tafsir al Qur’an). Di antara buku yang sudah beredar di pasaran adalah tafsir untuk surat al Baqarah, Ali Imran, an Nisa’, an Nur, al Hujurat, al Qashash, Yusuf, juz amma dan juz 29.

Dalam bidang fiqh, beliau menulis kitab al Jami’ li Ahkam al Nisa’ (Buku Lengkap Tentang Hukum-Hukum Seputar Wanita). Buku ini terdiri dari lima jilid dengan rincian empat jilid berisi uraian sedangkan jilid kelima berisi Tanya jawab praktis tentang kandungan empat jilid sebelumnya.

Di samping itu, beliau juga menulis buku fiqh yang bersifat umum. Judul buku tersebut adalah al Jami’ al ‘Amm fi al Fiqh wa al Ahkam (buku lengkap tentang fiqh dan hukum).

Karya-karya beliau yang lain diantaranya adalah

  • al Shahih al Musnad min Ahadits al fitan wa al Malahin wa Ayrath al Sa’ah (buku kumpulan hadits-hadits shahih mengenai huru hara akhir zaman),
  • al Shahih al Musnad min Adzkar al yaum wa al Lailah (buku kumpulan hadits shahih mengenai dzikir-dzikir harian),
  • al Shahih al Musnad min fadhail al Shahabah (buku kumpulan hadits shahih mengenai keistimewaan para shahabat Nabi) dan
  • al Shahih al Musnad min al Ahadits al Qudsiah (buku kumpulan hadits-hadits qudsi yang shahih)
  • – Tarbiyah Al-Abna’ wa Thaifah min Nasha-ihi al-Athibba-i (Bagaimana Nabi Mendidik Anak)
  • Ahkam An-Nikah wa Az-Zifaf (Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z )

Disarikan dari

http://ustadzaris.com/orang-teknik-mesin-yang-jadi-ulama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Syaikh Mustafa Al-Adawi at Kitab Hadith dan Syarah Hadith.

meta

%d bloggers like this: