Biografi Ulama Sunnah di India

Mei 18, 2011 § 2 Komen

Biografi Ulama Sunnah India
Penulis : Muhammad Abdullah Suradi (tamanulama.blogspot.com)
Penerbit : Jahabersa, Johor Bharu (2011)
127 halaman

Satu dari buku yang saya suka kumpul ialah biografi tokoh dan sarjana Islam. Membaca kisah-kisah mereka memberi inspirasi.

Benua India pernah dikenali pernah melahirkan sarjana hadis tersohor. Naskah kecil ini memuat biografi ringkas 8 sarjana dan intelektual hadis dari benua India.

1. Siddiq Hasan Khan
2. Maulana Muhammad Ilyas al-Kandahlawi
3. Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahlawi
4. Maulana Muhammad Yusuf al-Kandahlawi
5. Maulana Sayid Abul Hasan Ali An-Nadwi
6. Syeikh Badiuddin As-Sindi
7. Syeikh Dr. Ihsan Ilahi Zahir
8. Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri

Beberapa darinya dikenali seperti Sayid Abul Hasan Ali An-Nadwi. Karya beliau “Apa Kerugian Dunia Dengan Mundurnya Islam” yang fenomenal memperkenalkan beliau kepada dunia Islam. Banyak buku-buku beliau diterjemah dan diterbitkan dalam bahasa Melayu.

Yang baru saya kenal melalui buku ini ialah Syeikh Badiuddin As-Sindi. Yang mengujakan ialah beliau dikatakan menjadi guru kepada banyak sarjana sunnah kontemporari seperti Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wad’ie, Syeikh Dr Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, Syeikh Salim Eid al-Hilali dan Syeikh Ali Hasan al-Halabi.

Saya masih belum ‘berkenalan’ dengan Syeikh Dr Ihsan Ilahi Zahir, sehingga saya membaca buku ini. Beliau bersama saudara kandungnya Dr Fadhl Ilahi merupakan anak murid sarjana hadis terkenal Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah.

Sesuatu yang sadis mengenai beliau ialah, beliau mati dibom ketika menghadiri satu seminar di Pakistan. Dilaporkan 18 orang ilmuwan yang hadir dalam majlis itu terbunuh angkara puak Syiah yang merasa terancam dengan dakwah ahli hadis.

Beliau menerima penghormatan dari Syaikh Abdul Aziz bin Baz yang sudi mengimamkan solat jenazahnya.

Manakala Maulana Ilyas, Maulana Zakaria dan Maulana Yusuf al-Kandahlawi sangat dikenali oleh orang-orang jemaah tabligh. Pun begitu adalah sangat perlu diberi catatan bahawa 3 tokoh ini bersama jemaah tabligh yang mereke pimpin menerima kritikan dan koreksi dari sarjana Islam yang lain. Bahkan Maulana Zakaria rahimahullah menitipkan tidak sedikit hadis yang tidak sahih bahkan palsu ke dalam kitab keramatnya (di sisi jemaah tabligh) Fadhail Amal.

Selain kitab Fadail Amal, Maulana Zakaria juga banyak mengarang kitab-kitab lain dalam disiplin hadis. Antaranya ialah Lami’a-Dirari ‘ala Jami’ al-Bkuhari dan Syarah Sahih Bukhari. Dari deretan judul kitab-kitab yang beliau tulis, tidak dinafikan beliau seorang ahli ilmu yang benar-benar menguasai ilmu terutama ilmu hadis. Namun sayangnya beliau akan mendahulukan pendapat mazhabnya dan tarikat sufi apabila bertembung dengan hadis yang sahih.

Syeikh Zakaria adalah seorang ulama hadith yang dikenali. Sama seperi Zahid al kauthari, Syeikh Abdul Fattah Abdul Guddah dan beberapa ulama lainnya; mereka memang dikenal sebagai orang yang alim.

Tetapi seperti yang disebutkan tadi, tetapi mereka terlencong dari dasar ilmu mereka apabila mereka berhadapan dengan mazhab mereka. Lihat kitab “Bahaya Mengingkari Sunnah”, Shalahuddin Maqbul Ahmad, Pustaka Azzam.

Ulama sunnah tidak pernah menafikan keilmuan Syeikh Zakariya dan ulama sunnah juga tidak dapat menutup kebid’ahan dan kekhurafatan yang ada dalam karangan dan jemaah beliau .

Baca lagi fatwa-fatwa ulama’ kibar (ulama’ besar) tentang Jemaah Tabligh di al-manhaj.

§ 2 Responses to Biografi Ulama Sunnah di India

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Biografi Ulama Sunnah di India at Kitab Hadith dan Syarah Hadith.

meta

%d bloggers like this: