Riwayat Ringkas Para Imam Ahlus Sunnah

Mei 22, 2011 § 1 Komen

Penulis : Abu Syakir
Penerbit : Jahabersa, Johor Bharu (2004)
148 halaman

Naskah ini memuat biografi ringkas 15 sarjana hadis. Sebahagiannya cukup dikenali seperti penyusun kitab hadis yang enam. Namun ada juga beberapa sarjana yang masih belum dikenali dengan lebih dekat. Antaranya ialah Imam Thurthusi, al-Allamah Syeikh Humud At-Tuwaijiri, al-Ajurri dan Syeikh al-Allamah Hafidz bin Ahmad al-Hakami.

1. Imam Bukhari
2. Imam Mulism
3. Imam An-Nasa’i
4. Imam Abu Dawud
5. Imam Nawawi
6. Imam Abu Syuja’
7. Izuddin Abdul Salam
8. Imam Syan’ani
9. Imam Tirmidzi
10. Imam Thurthusi
11. Imam al-Ajurri
12. Imam Asy-Syaukani
13. Imam al-Hafidz Ibnu Rajab
14. Syeikh Ahmad Syakir
15. Al-Allamah Syeikh Humud At-Tuwaijiri
16. Syeikh al-Allamah Hafiz bin Ahmad al-Hakami

Semua sarjana dan intelektual yang diceritakan merupakan imam ahlus sunnah, dan tokoh pembela sunnah Nabi.

Banyak manfaat dan faedah yang dapat diambil dari kisah riwayat hidup, perjalanan mencari ilmu dan rintangan dalam berdakwah.

Saya punya beberapa masalah untuk mendulang manfaat secara maksimum dari naskah ini :

– Bab tidak disusun dengan struktur yang baik. Susunan biografi sarjana hadis culang-caling. Contohnya meletakkan Ibnu Rejab selepas Imam Syaukani, padahal Ibnu Rajab hidup zaman lebih awal dari Imam Syaukani.
– Saya juga mengesan satu kesalahan fakta yang sangat tidak wajarl. Pengarang menyatakan Imam Shan’ani (pengarang kitab Subulus Salam) terkesan dengan dakwah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab. Padahal Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab lahir selepas zaman Imam Shan’ani.
– Struktur setiap bab dan tokoh yang ditampilkan tidak konsisten. Seperti ‘copy & paste’.

§ One Response to Riwayat Ringkas Para Imam Ahlus Sunnah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Riwayat Ringkas Para Imam Ahlus Sunnah at Kitab Hadith dan Syarah Hadith.

meta

%d bloggers like this: