Shahih at-Targhib wa at-Tarhib – Biorgrafi ringkas Imam al-Mundziri (w. 656H)

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Shahih at-Targhib wa at-Tarhib – Biorgrafi ringkas Imam al-Mundziri (w. 656H)

Shahih_Targhib-650x650Beliau adalah Abdul Azhim b Abdul Qawi b Abdullah b Salamah b Sa’ad al-Mundziri. Kuniyah beliau adalah Abu Muhammad. Dilahirkan di daerah Ghurrah pada bulan Sya’ban 581H.

Beliau merupakan ahli hadis yang hebat, bahkan mendapat predikat sebagai penghafal hadis yang ulung (al-Hafidz al-Kabir) di samping juga seorang yang pakar dalam feqah mazhab asy-Syafi’i. Beliau dikenali sebagai seorang yang wara’ dan zuhud. Diberi julukan Zakiyuddin (yang memiliki agama yang bersih).

Guru-guru al-Mundziri

  1. Abu Abdillah Muhammad b Hamd al-Artahi.
  2. Al-Imam Abu Qasim Abdurrahman b Muhammad al-Qurasyi bin Warraq
  3. Umar b Tabradz
  4. Abul Mujib Zuhair
  5. Muhammad b Sa’id al-Ma’muni
  6. Al-Mutahhar b Abu Bakar al-Baihaqi
  7. Rabi’ah al-Yummi
  8. Al-Hafidz al-Kabir Ali b al-Mufadhal al-Maqdisi dan banyak lagi.

Murid-muridnya

  1. Abul Hasan al-Yunini
  2. Al-Hafidz Abu Muhammad ad-Dimyathi
  3. Imam Taqiyuddin, Ibnu Daqiq
  4. Muhammad al-Qarraz
  5. Al-Fakhr b Asakir
  6. Alamuddin ad-Dawadari
  7. Al-Husain b Asad b al-Atsir
  8. Asy-Syarif Izzuddin dan banyak lagi.

Kitab-kitabnya

  1. at-Targhib wa at-Tarhib
  2. Mukhtasar Shahih Muslim
  3. Mukhtasar Sunan Abu Dawud
  4. Syarah at-Tanbih
  5. Al-Mu’jam
  6. Al-Muwafaqat dan banyak lagi.

Pujian Para Ulama’

Adz-Dzahabi: Al-Mundziri adalah seorang Imam al-Allamah, al-Hafidz al-Muhaqqiq, Syaikhul Islam, Zakiyuddin.

Pada zamannya, tidak ada yang lebih hebat hafalan hadisnya dari al-Mudziri.

Beliau wafat pada tahun 656H.

Diringkaskan dari Biorgrafi al-Hafidz al-Mundziri dalam Pengantar Terjemahan Shahih Targhib wa Tarhib.

 

Tagged: , , , , ,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

What’s this?

You are currently reading Shahih at-Targhib wa at-Tarhib – Biorgrafi ringkas Imam al-Mundziri (w. 656H) at Kitab Hadith dan Syarah Hadith.

meta

%d bloggers like this: