Kitab Hadith Dicadangkan Oleh Al-Qarni

November 14, 2010 § Tinggalkan komen

Buku ini membahaskan dan mencadangkan senarai bacaan buat penuntut dan pencita ilmu Islam. Walaupun ia tidak diedit dengan kemas dan baik (seperti kebanyakan buku-buku pengarang yang lain). Namun saya percaya senarai cadangan ini dapat membantu meluruskan jenis-jenis buku yang patut di baca.

Sebelum ini saya sudah menemui beberapa buah buku yang memberi rekomendasi senarai bacaan yang baik. Iaitu oleh Sa’id Hawwa berjudul Jundullah : Thaqofatan wa-Akhloqan, tokoh dari pergerakan Ikhwanul Muslimin dan Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Namun kerana begitu banyak catatan dan komentar terhadap pemikiran kedua tokoh ini, maka saya tidak fikir ia baik untuk dipanjangkan.

Kemudian saya menemui buku ini oleh Dr A’idh Abdullah Al-Qarni.

Saya hampir menyalin semua ayat yang disebutkan oleh pengarang. Selain senarai panjang buku yang perlu dimiliki dan dibaca, beliau juga mengutip komentar sarjana dan intelektual Islam berkaian buku yang dibicarakan.

Perkara kedua selepas menguasai Al-Quran ialah, ilmu hadits. Pengarang membawakan beberapa kitab hadith yang perlu dibaca dan dikuasai.

B. HADITH

  1. Sahih Bukhari : Muhammad bin Ismail al-Bukhari. Ia telah diringkaskan oleh az-Zabidi dan Nasiruddin Al-Albani.
  2. Sahih Muslim : Muslim bin Hajjaj
  3. Jami’ al-Tirmidzi    : Imam Tirmidzi
  4. Sunan Abu Daud : Abu Dawud
  5. Sunan an-Nasaie     : An-Nasaie
  6. Sunan Ibnu Majah  : Ibnu Mahah
  7. Musnad Ahmad       : Ahmad bin Hanbal
  8. Muwatha                    : Malik bin Anas
  9. Sunan al-Baihaqi     : Baihaqi
  10. Jami’ul Ushul            : Ibnu Athir (menghimpunkan Bukhari, Muslim, Abu Dawud, An-Nasa’i dan Muwattha)
  11. Majma’al-Zawaid
  12. Sahih Jami’ al-Saghir  : Muhammad Nasiruddin Albani (menghimpunkan hadith-hadith shahih dari lebih 30 buah kitab hadith)

13.  Kitab gharib hadith (hadith-hadith janggal)

  • Gharib Hadith         : Ibnu Qutaibah
  • Gharib Hadith         : Abu ‘Ubaidah Ma’mar bin Al-Mutsanna
  • Gharib Hadith         : Abu ‘Ubaidah al-Qasim bin Sallam
  • Gharib Hadith         : Ibrahim Al-Harbi
  • Gharib Hadith         : al-Khattabi
  • An-Nihayah fi Gharib al-Hadith : Ibnu Atsir
  • Al-Fa’iq                     : Zamakhsyari

14.  Kitab mushthalah hadith (ilmu-ilmu hadith)

  • Muqaddimah Ibnu Shalah   : Ibnu Shalah
  • Al-Baits al-Hathith                  : Ibnu Kathir
  • Nukhbat al-Fikri                       : Ibnu Hajar
  • Nuzhah an-Nazhar                   : Ibnu Hajar
  • ‘Alfiah Al-Iraqi                          : Al-Iraqi
  • Syarah Fath al-Mughith         : al-Sakhawi
  • Alfian fi al-Mushtalah             : Suyuthi

15.  Kitab hadith dhoif

  • Al-Maudhuuat                            : Ibnu Jauzy
  • Al-Asrar Marfuah fi Akhbar Maudhuah : Mulla Ali Al-Qari
  • Fawaidh Majmu’ah fi Ahadith Maudhuah : As-Syaukani
  • Kasy al-Khafa’ wal Muzil al-Iltibas fi ma Isytara ‘ala Alsinat al-Nas : al-‘Ajluni
  • Tamyiz al-Thayyib min al-Khabith : al-Athari
  • Maqasid al-Hasanah                  : al-Sakhawi

Baca lagi tentang kitab-kitab hadits dan beli di sini : Galeriniaga.

Nota tambahan

1. Hadith 40

Cadangan kitab hadith peringkat permulaan ialah Hadith 40 yang dihimpunkan oleh Imam Nawawi rahimahullah. Ia memuat 42 hadith tentang asas-asas Islam. Beberapa sarjana Islam telah melakukan penjelasan terhadap hadith-hadith yang dihimpukan oleh beliau.

Antaranya Ibnu Rajab Al-Hanbali dengan Jami’ al-Ulum wal Hikam dan Syaikh Muhammmad bin Shalih al-Uthaimin.

2. Bulughul Maram

Pada level berikutnya pula ialah Kitab himpunan hadith hukum, Bulughul Maram. Ia menghimpunkan hadith-hadith berkaitan hukum fikih. Dihimpunkan oleh Al-Hafidz Ibnu Hajar al-Asqalani.

Kitab ini telah diberi penjelasan oleh beberapa sarjana Islam. Antara yang paling masyhur ialah Kitab Subulussalam oleh Imam Shan’ani dan Syarah Bulughul Maram oleh Syaikh Abdullah Bassam. Kedua-duanya telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia.

Rekomendasi ini dinyatakan oleh Ustaz Fathul Baari dalam satu siri kuliahnya. Beliau merupakan Penasihat Agama Institut Jantung Negara, mendapat pendidikan dalam bidang hadith di Universiti Madinah.

Ia termasuk ke dalam senarai buku-buku yang mesti saya beli dan teliti.

Baca lagi tentang kitab-kitab hadits dan beli di sini : Galeriniaga.

Tinggalkan komen

What’s this?

You are currently reading Kitab Hadith Dicadangkan Oleh Al-Qarni at Kitab Hadith dan Syarah Hadith.

meta