Perkembangan Terjemahan Buku Agama ke bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Perkembangan Terjemahan Buku Agama ke bahasa Indonesia dan bahasa Malaysia

Mohd Riduan b Khairi, R&D PPY Group Sdn Bhd.

fathul_bariSalah satu stigma pembaca buku bahasa Melayu terhadap buku-buku bahasa Indonesia ialah ‘tidak faham.’ Ini satu kerugian besar kerana industri buku di Indonesia berkembang pesat terutamanya dalam bidang terjemahan.

Indonesia dan Malaysia keduanya mengambil dialek Johor-Riau sebagai dialek rasmi. Maka sebenarnya tidak banyak beza antara bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Melayu Indonesia.

Mengapa lagu-lagu dan sinetron dari Indonesia boleh mendapat tempat dalam masyarakat, sebaliknya untuk karya ilmiah tidak?

Di bawah ini saya bawakan sampel perbezaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia dari sebuah kitab terjemahan hadis.

Jadual 1: Sampel perkataan yang berbeza dari terjemahan Malaysia dan Indonesia.

Sumber: Ensiklopedia Hadits, Pustaka Al-Mahira, Terjemahan:

  Indonesia Malaysia
Ejaan Karena Kerana
1. Shalat Solat
2. Putra Putera
3. Khawatir Khuwatir
4. Hadits Hadith
5. Shahabat Sahabat
6. Shalawat Selawat
7. diridhai diredhai
8. Shahih Sahih
9. Populer Popular
10. Berkualitas Berkualiti
  Nomor Nombor
  Mengherankan Menghairankan
Istilah
1. Mengabarkan Memberitahu
2. Beliau Baginda
3. Membutuhkan Memerlukan
4. Menyeleksi Memilih/ Menyaring
5. Otentisitas Keaslian

Catatan:

  1. Perbezaan yang paling ketara dan banyak ialah system ejaan. Ini tidak mengganggu pembacaan dan pemahaman pembaca.
  2. Perbezaan kedua ialah istilah. Pun begitu ia masih boleh dapat difahami kerana Bahasa Indonesia menterjemah terus istilah dari Bahasa Inggeris. Manakala Bahasa Melayu cuba mendapatkan padanan terjemahan dalam bahasa Melayu sebelum meminjam terus istilah tersebut.
  3. Pun begitu tidak dinafikan, perbezaan kecil ini tetap memberi kesan secara tak langsung kepada kelancaran membaca. Yang paling utama ialah edisi terjemahan dalam bahasa Melayu sendiri.
  4. Namun situasinya usaha terjemahan buku agama ke dalam bahasa Melayu seakan sudah lama terhenti. Antara penerbit Melayu yang aktif menerbit dan menterjemah buku agama dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu ialah Pustaka Nasional Singapura dan Victory Agencies, Kuala Lumpur. Walaupun penerbit itu masih aktif, namun mereka kekurangan penterjemah yang credible untuk menterjemah judul-judul baharu dan membaiki kualiti terjemahan yang sedia ada. Edisi yang ada dalam kes Kutub Sittah ialah edisi yang diterjemah puluhan tahun yang lalu.
  5. Situasi kedua perkembangan penterjemahan buku agama ialah kira-kira 10 tahun belakangan ini gejala ‘cetak rompak’ terjemahan dalam industry buku Melayu berleluasa. Sumber dalaman industry penerbitan buku agama menyatakan bahawa penerbit no. 1 buku agama dalam negara kita ialah penerbit yang paling banyak mencetak rompak terjemahan dari Indonesia tanpa izin. Jadi, kualiti terjemahannya sama bahkan lebih buruk dari edisi moden terjemahan Indonesia.

Dewan Bahasa & Pustaka (DBP)

  1. Suatu masa dahulu Dewan Bahasa dan Pustaka amat cemerlang dalam usaha menterjemah buku-buku agama dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu bermula awal 80-an sehingga penubuhan ITNM). Banyak karya agung besar Berjaya diterjemahkan seperti terjemahan karya monumental Ibn Kathir berjudul Bidayah wan Nihayah dan terjemahan Fiqhul Islam wa Adillatuhu oleh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili dibiayi oleh pihak YaPEIM sendiri. Lebih awal dari itu pihak YaPEIM juga pernah bekerjasama menerbitkan terjemahan Fi Zilali Qur’an yang pernah terbit pertama kali 1989. Namun selepas melalui beberapa fasa perkembangan dan perubahan pengurusan, hari ini usaha menterjemah karya besar agama dilihat tidak lagi berlaku di dalam DBP melainkan naskah-naskah kecil.
  • Uthman El-Muhammady (1991), Al-Qur’an al-Karim karya asal Abdullah Yusuf Ali

Kini fokus perterjemahan DBP ialah karya-karya agong Melayu.

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)

  1. Penubuhan ITNM pada tahun 1993 oleh pihak kerajaan bertujuan untuk mengembalikan era kegemilangan dunia terjemahan dalam bahasa Melayu. Namun buat masa ini fokus utama ITNM ialah menterjemah karya-karya bukan agama.

Pts Publication

  1. Satu-satunya penerbit mutakhir yang paling aktif dan komited menterjemah buku ke dalam bahasa Melayu khususnya buku agama ialah Pts Publication yang ditubuhkan pada tahun 2000. Walaupun masih agak baharu berbanding penerbit lain, namun Pts telah berjaya menerbitkan ribuan judul buku dan sudah menterjemah ratusan judul dari bahasa asing ke dalam bahasa Melayu. Kualiti terjemahan Pts antara yang paling baik pada hari ini kerana penasihat Pts sendiri Prof. Emiritus Dr. Abdullah Hassan merupakan Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia. Pts menyediakan latihan intensif kepada penterjemahnya dan hanya meluluskan penterjemah yang mencapai gred A.
  2. Dan Pts sudah mengorak langkah kedepan dengan merancang untuk menerbitkan karya-karya besar dalam agama ke dalam bahasa Melayu. Antara judul yang sudah diterjemah dan sudah berada di dalam pasaran ialah terjemahan Riyadus Solihin oleh Imam Nawawi. Sukar untuk menafikan bahawa edisi terjemahan Pts setakat ini adalah terjemahan yang terbaik dalam sejarah penterjemahan tempatan.
  3. Contoh Bab terjemahan dari terjemahan Riyadus Solihin versi Pts. Terjemahan dilakukan sendiri oleh Pengerusi Pts Pn Ainon Mohd dan mendapat khidmat konsultasi Dr. Aries Salleh Rosman, pensyarah bidang agama: http://pts.com.my/buku/riyadus-solihin/

Ikhlas

Allah berkata menerusi surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud, “Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh atas tauhid; dan supaya mereka melakukan sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar.”

Allah berkata lagi menerusi surah al-Hajj ayat 37 yang bermaksud, “Daging dan darah haiwan korban ataupun hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada Dia adalah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa daripada kamu.”

Allah berkata juga menerusi surah Ali Imran ayat 29 yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad), ‘Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya.’”

  1. Abu Hafs, nama sebenarnya Umar bin Khattab bin Nufail, bin Abdul Uzza, bin Riah, bin Abdullah, bin Qurt, bin Razah, bin Adi, bin Kaab, bin Luai, bin Ghalib al-Qurashi al-Adawi berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah berkata, ‘Amalan seseorang ditentukan oleh niatnya, oleh itu setiap orang mendapat apa yang dia niatkan. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, hijrahnya itu adalah kepada Allah dan rasul-Nya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia, ataupun bagi mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang dia niatkan semasa dia berhijrah.’”

Hadis ini disepakati kesahihannya. Hadis ini direkodkan oleh dua orang pakar ilmu hadis dalam buku masing-masing berjudul Sahih. Kedua-dua buku itu adalah buku yang paling berautoriti dalam merekodkan hadis-hadis sahih. Pakar pertama, Abu Abdullah Muhammad bin Ismail, bin Ibrahim, bin al-Mughirah, bin Bardizbah al-Ja’fi al-Bukhari. Pakar kedua, Abu Husin Muslim bin Hajjaj, bin Muslim, al-Qusyairi al-Naisaburi.

Bacaan Tambahan

Hasuria Che Omar, Haslina Haroon, Aniswal Abd. Ghani (2009), Kelestarian Bidang Penterjemahan, Kuala Lumpur: ITBM

http://universitipts.com/index.php/site/comments/pasaran_buku_terjemahan2/

http://harithsidek.blogspot.com/2013/03/pustaka-antara-baranya-masih-ada.html

http://satuumat.blogspot.com/2010/08/perjuangan-dakwah-pustaka-salam.html

Ensiklopedia Hadits (6 Kitab Hadits Utama) – Maklumat Detil

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Ensiklopedia Hadits (6 Kitab Hadits Utama)

Penerbit Al-Mahira, Jakarta

Berat: 22.60kg

Saiz Edisi Lux: 38.50 X 27.00 X 56.50

Jumlah jilid: 8 jilid

Maklumat Detil

Penterjemah: Masyhar MA, Muhammad Suhadi

Editor: Nanang Ni’amurrahman, Solihin & Abdul Rasyid

Penerbit Al-Mahira

House of Mahira – Kompleks Kodam

Manunggall II No. 8C Kalimalang, Jakarta – Indonesia

Tel: 021 68300123, SMS: 0817151522

http://www.almahira.com

Shahih at-Targhib wa at-Tarhib – Biorgrafi ringkas Imam al-Mundziri (w. 656H)

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Shahih at-Targhib wa at-Tarhib – Biorgrafi ringkas Imam al-Mundziri (w. 656H)

Shahih_Targhib-650x650Beliau adalah Abdul Azhim b Abdul Qawi b Abdullah b Salamah b Sa’ad al-Mundziri. Kuniyah beliau adalah Abu Muhammad. Dilahirkan di daerah Ghurrah pada bulan Sya’ban 581H.

Beliau merupakan ahli hadis yang hebat, bahkan mendapat predikat sebagai penghafal hadis yang ulung (al-Hafidz al-Kabir) di samping juga seorang yang pakar dalam feqah mazhab asy-Syafi’i. Beliau dikenali sebagai seorang yang wara’ dan zuhud. Diberi julukan Zakiyuddin (yang memiliki agama yang bersih).

Guru-guru al-Mundziri

  1. Abu Abdillah Muhammad b Hamd al-Artahi.
  2. Al-Imam Abu Qasim Abdurrahman b Muhammad al-Qurasyi bin Warraq
  3. Umar b Tabradz
  4. Abul Mujib Zuhair
  5. Muhammad b Sa’id al-Ma’muni
  6. Al-Mutahhar b Abu Bakar al-Baihaqi
  7. Rabi’ah al-Yummi
  8. Al-Hafidz al-Kabir Ali b al-Mufadhal al-Maqdisi dan banyak lagi.

Murid-muridnya

  1. Abul Hasan al-Yunini
  2. Al-Hafidz Abu Muhammad ad-Dimyathi
  3. Imam Taqiyuddin, Ibnu Daqiq
  4. Muhammad al-Qarraz
  5. Al-Fakhr b Asakir
  6. Alamuddin ad-Dawadari
  7. Al-Husain b Asad b al-Atsir
  8. Asy-Syarif Izzuddin dan banyak lagi.

Kitab-kitabnya

  1. at-Targhib wa at-Tarhib
  2. Mukhtasar Shahih Muslim
  3. Mukhtasar Sunan Abu Dawud
  4. Syarah at-Tanbih
  5. Al-Mu’jam
  6. Al-Muwafaqat dan banyak lagi.

Pujian Para Ulama’

Adz-Dzahabi: Al-Mundziri adalah seorang Imam al-Allamah, al-Hafidz al-Muhaqqiq, Syaikhul Islam, Zakiyuddin.

Pada zamannya, tidak ada yang lebih hebat hafalan hadisnya dari al-Mudziri.

Beliau wafat pada tahun 656H.

Diringkaskan dari Biorgrafi al-Hafidz al-Mundziri dalam Pengantar Terjemahan Shahih Targhib wa Tarhib.

 

Shahih at-Targhib wa at-Tarhib – Rebiu

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Ringkasan

Shahih at-Targhib wa at-Tarhib-650x650Kitab ini merupakan edisi tahkik/ saringan yang dilakukan oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani ke atas kitab at-Targhib wa at-Tarhib karangan Imam al-Mundziri (w. 656H). Ia merupakan koleksi himpunan hadis-hadis motivasi dan amaran (anjuran & ancaman). Kemudiannya pakar hadis zaman ini Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah melihat akan besar manfaat dari kitab ini, maka beliau mengambil inisiatif untuk menyaring dan menyemak semula status sanad hadis-hadis yang dibawakan di dalam kitab ini. Maka lahirlah Shahih at-Targhib wa Tarhib. Hampir empat ribu hadis disajikan dalam naskah ini.

Rebiu

Firman Allah maksudnya: “Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik . Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” ( Surah An-Nahl : 125)

Ibn Qayyim menjelaskan bahawa hikmah digunakan pertama kali dalam menyampaikan seruan dakwah. Setelah itu jika tidak memberi kesan, maka diberingan ‘mau’izah hasanah’ berupa peringatan yang baik yakni janji-janji Allah akan ganjaran beramal dan ancaman berbuat dosa. Dan kemudian jika masih tidak berhasil maka baharulah masuk kepada fasa ketiga yakni membantah mereka dengan cara yang baik.

Kitab Shahih Targhib wa Tarhib ini menghimpunkan hadis-hadis berkaitan anjuran beramal dan ancaman meninggalkannya. Ia termasuk dalam kategori kedua yakni sebagai ‘mau’izah hasanah’.

Bukanlah kita tidak mengetahui akan kewajipan sesuatu ibadah sebagai contoh, namun ada ketika kita lalai dan leka, maka perlu kepada peringatan-peringatan sebegini.

Imam al-Mundziri (w. 656H) menghimpunkan sejumlah hadis yang bertemakan anjuran dan ancaman di dalam karyanya Targhib wa Tarhib. Melihat kepada besar manfaat dari kitab ini, maka ahli hadis zaman ini Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rahimahullah menyaring dan melakukan kemaskini terhadap status hadis-hadis di dalamnya.

Motivasi Beramal dan Melakukan Kebaikan

Kitab ini di susun mengikut bab-bab tersendiri. Apa yang menariknya ialah bukan sahaja ditampilkan bab-bab ibadah khusus seperti solat, puasa, zakat dan seumpama dengannya. Turut dimuatkan ialah bab-bab yang mencakup urusan kehidupan seharian seperti pemerintah, kehakiman, peperangan, adab harian, muamalat dengan kedua orang tua dan banyak lagi.

Membacanya memberikan sebuah rasa kelegaan dan dorongan untuk terus melakukan amal kebaikan walaupun dengan hanya memberi tangguh kepada orang yang berhutang dari kita. Ia amat besar pahalanya di sisi Allah Azza Wa Jalla. Selain memberi amaran dan peringatan agar menjauhi maksiat dan perkara mungkar.

Wallahuaklam. Saya tidak melihat adanya sebuah buku motivasi yang lebih memberi kesan selepas al-Qur’an. Walaupun terdapat banyak poin dan nasihat diulang-ulang dalam lafaz yang berbeza dam ketika yang berbeza, namun sebenarnya ia adalah sebuah pengukuhan bahawa perkara itu mustahak dan penting untuk diberi perhatian dan diamalkan.

Rebiu oleh: Mohd Riduan b Khairi

Shahih at-Targhib wa At-Tarhib – Maklumat Detil

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Shahih Targhib wa Tarhib – Maklumat Detil

Shahih at-Targhib wa at-Tarhib-650x650Judul Asal: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib

Judul Terjemahan: Shahih at-Targhib wa at-Tarhib; Hadits-Hadits tentang Anjuran Janji Pahala, Ancaman & Dosa

Penulis: Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani

Penerbit edisi Arab: Maktabah al-Ma’arif

Penterjemah: Izzudin al-Karimi, Mustofa Aini & Kholid Samhudi

Penerbit edisi terjemahan: Pustaka Sahifa, Jakarta

Jumlah jilid: 6 jilid

Jumlah hadis: 3775 berdasarkan nombor hadis di kulit buku.

Harga: RM350.00

Scan10041

Ensiklopedia Hadits – Contoh Terjemahan

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Ensiklopedia Hadits - Contoh Terjemahan

Ensiklopedia Hadits – Contoh font teks Arab

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Ensiklopedia Hadits - Contoh Font Teks Arab

Ensiklopedia Hadits – Rekomendasi Para Ulama’

Mac 3, 2015 § Tinggalkan komen

Petikan Pengantar Prof. Dr. Ali Mustafa

“Salah satu referensi yang layak dimiliki masyarakat Muslim Indonesia adalah Ensiklopedia Hadits atau Kutubusittah yang diterbitkan oleh Pustaka Almahira.

Buku Ensiklopedia Hadits ini merupakan karya besar ulama hadits sepanjang masa yang berhasil dialihbahasakan dengan begitu cermat sehingga bias dinikmati oleh masyarakat Muslim Indonesia yang ingin merenguk ilmu dari rujukan tertinggi kaum Muslimin setelah al-Qur’an, yaitu hadits Rasulullah.”

Petikan Pengantar Prof. Dr. Wahbah az-Zuhayli

“Allah telah memberi taufik kepada saudara kami yang terpercaya, Muhammad Abdul Ghaffar. Melalui penerbit buku yang didirikannya, Penerbit Almahira, beliau berusaha keras untuk menghadirkan buku terjemahan dari keenam kitab hadits yang masyhur tersebut. Dengan demikian, beliau telah membuka jalan bagi masyarakat Muslim Indoensia untuk mereguk ilmu dari keenam kitab hadits ini yang tidak mungkin tidak diperlukan oleh orang Muslim yang mencintai agamanya. Semoga Allah memberikan balasan yang terbaik baginya.

Oleh sebab itu sudah selayaknya bagi setiap keluarga Muslim untuk memiliki buku tersebut. Sebab Rasulullah telah bersabda maksudnya; “Menuntut ilmu ada kewajipan setiap Muslim.” (HR Malik)

Kitab-kitab hadits tersebut berisi ilmu yang sangat bermanfaat bagi setiap Mulism yang membaca dan mempelajarinya. … Selamat bagi keluarga Muslim yang telah memiliki buku yang di dalamnya terdpat ilmu mengenai sunnah Nabi. Sebab, ketidaktahuan seseorang terhadap huku-hukum syarat tidak bias dijadikan alasan. Setiap orang diperintahkan untuk membaca dan belajar, jika dia berbuat salah kerana ketidaktahuannya, dia akan dimintai pertanggungjawaban dan mendapat dosa.

Katalog

Mac 2, 2015 § Tinggalkan komen

1. Ensiklopedia Hadits, Pustaka Almahira (8 jilid) RM 1600.00

 

Diskaun 10%.

Kos penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia.

Untuk pelanggan di Lembah Klang, penghantaran di buat terus ke rumah anda oleh pihak kami.

 

 

2. Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, Pustaka Sahifa (6 jilid) RM 350.00Shahih at-Targhib wa at-Tarhib-650x650

 

Diskaun 10%.

Kos penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia.

Untuk pelanggan di Lembah Klang, penghantaran di buat terus ke rumah anda oleh pihak kami.

Buku hadis yang dicadangkan leh Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr

Februari 8, 2013 § 1 Komen

Buku-buku yang dipuji dan disarankan oleh Syaikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr

  1. Bidang hadis
  • Ujaalatul Imla’ karyan An-Naaji, buku yang sangat bermanfaat sekali. Nama penuh pengarangnya al-Hafidz Burhanuddin an-Naji.
  • Buku-buku karya Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah dalam bidang hadis.
  • Musnad ad Darimi  dan Sunan ad Darimi, keduanya ini hakikatnya adalah satu buku yang sama.
  • Tahzibu as Sunan karya Ibnu Qayyim rahimahullah.
  • Al Lu’ Lu’ wal Marjan fi ma ittafaqa ‘alaihi asy Syaikhan karya Muhammad Fu’ad ‘Abdul Baqi’. Buku yang sangat bagus. Sanad-sanadnya dihilangkan agar ringkas dan jumlah hadisnya adalah 1906.

Dipetik dari:

Syarah Hadits Arbain an Nawawi Plus 8 Hadits Ibnu Rajab; Penjelasan Hadits-hadits Pilihan yang Mencakup Pokok-pokok Ajaran Islam.

Penulis: Syaikh Abdul Muhsin al Abbad, Ulama Ahli Hadis Kota Madinah al Munawwarah.

Penterjemah: Abu Habib Sofyan Saladin

Penerbit: Darul Ilmi Publishing